Monday 25 February 2013

Aksi pertama Bechkham bersama PSG mantap


Paris: David Beckham menikmati penampilan sulungnya bersama Paris Saint-Germain apabila dia tampil dari bangku pemain simpanan untuk membantu mencipta gol kedua ketika kemenangan 2-0 pendahulu Ligue 1 itu ke atas musuh tradisi, Marseille, awal pagi semalam.

Kemenangan itu membolehkan pasukan kendalian Carlo Ancelotti mendahului tiga mata di depan Lyon yang terdahulu menundukkan Lorient 3-1.


Beckham, bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan LA Galaxy, masuk pada minit ke-76 pada malam dingin dan bersalji di Paris dengan mendapat tepukan gemuruh.

Selepas sentuhan pertama dan dua lagi hantaran tepat, larian bola di bahagian sayap diiringi ejekan penyokong Marseille yang cuba menaikkan semangat pasukan mereka mencari gol penyamaan lewat perlawanan.

Namun bagaikan satu penamat Hollywood dalam penampilan sulungnya, Beckham memastikan tajuk utama akan sekali lagi memaparkan namanya dengan memainkan peranan penting bagi gol kedua PSG.

Pemain Inggeris berusia 37 tahun itu, pemain tertua dalam Ligue 1, bermain umpanan satu-dua bersama Jeremy Menez yang kemudian melakukan hantaran lintang yang singgah di kaki Zlatan Ibrahimovic bagi gol ke-22 pendahulu penjaring gol terbanyak dari Sweden itu. - AF


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts