Sunday 24 February 2013

Piala FA : Terengganu waspada cabaran P. Pinang




Kuala Terengganu: Biarpun prestasi Terengganu dalam saingan Liga Super ‘ala yo-yo’, namun penyerang Ashari Shamsuddin menaruh keyakinan tinggi betapa pasukannya mampu menewaskan Pulau Pinang dalam pusingan kedua, Piala FA di Stadium Bandaraya, esok.

Pemain kebangsaan berusia 28 tahun itu bagaimanapun mengingatkan rakan sepasukannya tidak sesekali memandang rendah keupayaan skuad Pulau Mutiara yang kini beraksi dalam Liga FAM dan perlu berusaha memastikan skuad Penyu tidak menangis di laman lawan.

Ashari juga mahu rakan sepasukan mengekalkan rentak permainan seperti yang dipamerkan ketika mengejutkan pendahulu Liga Super Tentera 3-2, petang kelmarin selain berhasrat menambah koleksi gol peribadinya selepas menyumbang dua gol pada pertemuan itu.

Percaya percaturan Ela

“Saya bersyukur kerana dua gol yang dihasilkan pada perlawanan itu membantu pasukan mencatat kemenangan sekali gus meraih tiga mata penuh.

“Namun, apa yang penting saya harap kemenangan mengejut itu menyemarakkan semangat pasukan untuk menewaskan Pulau Pinang dalam pusingan kedua Piala FA Selasa ini sekali gus melangkah ke suku akhir,” katanya semalam.

Skuad bimbingan E Elavarasan itu melangkah ke pusingan kedua selepas menjinakkan SPA Kuala Lumpur 3-1, manakala Pulau Pinang menewaskan Polis 2-1.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts