Monday 25 February 2013

Arredondo gah lakar kejutan : Le Tour De Langkawi




Genting Highlands: Siapa menyangka, pelumba pasukan benua Nippo-De Rosa, Julian Arredondo berjaya menenggelamkan pakar bukit lain bagi menakluk peringkat pendakian sukar dari Proton Shah Alam ke Genting Highlands, semalam - sekali gus merampas jersi kuning dipegang Wang Meiyin dalam dua peringkat.



Arredondo, 24, yang menamatkan perlumbaan peringkat tiga di tempat kedua, mengatasi pelumba Orica Greenedge, Pieter Weening pada 2 kilometer menuju garisan penamat peringkat lima sejauh 110.3 kilometer secara solo sambil dibasahi hujan dengan catatan masa 3 jam 11 minit 41 saat.
Weening menduduki tempat kedua selepas tiba 26 saat kemudian sementara pelumba RTS Racing, Victor Nino Corredor di tempat ketiga di belakang Arredondo yang berasal dari Colombia.

“"Kalau ikutkan taktik kami hari ini (semalam), kami hanya tunggu dan lihat tindakan pasukan lain terutama sekali pergerakan pemegang jersi kuning, Wang Meiyin.

“Saya harap kemenangan ini membantu saya mencipta lebih banyak kejayaan kerana kini mendahului dengan catatan masa yang selesa. Saya harap dapat mengawal perlumbaan selepas ini dengan bantuan rakan sepasukan,” katanya yang turut menyarung jersi merah sebagai raja bukit dengan 45 mata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts