Monday 25 February 2013

EPL : 'Juara ditentu minit terakhir'


Manchester: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini lebih memahami daripada kebanyakan ungkapan bahawa perebutan kejuaraan tidak berakhir sehinggalah minit terakhir pada penghujung saingan, lantas membuatkan dirinya enggan melihat kepada kedudukan carta Liga Perdana Inggeris ketika ini. 


Justeru andai Mancini terlepas untuk melihatnya, City kini ketinggalan 12 mata di belakang Manchester United selepas jaringan Yaya Toure dan Carlos Tevez pada aksi di Stadium Etihad, malam kelmarin membantu mereka menewaskan Chelsea 2-0 untuk terus menyimpan harapan mempertahankan kejuaraan. 

Jika gagal meraih mata penuh ke atas Chelsea, sudah pasti usaha mereka untuk mencabar United dan menghalang skuad kendalian Alex Ferguson itu meraih kejuaraan kali ke-20 dilihat terlalu sukar buat Mancini dan anak-anak buahnya. 

Mungkin, kata Mancini menjawab soalan pada sidang media apabila ditanya adakah jurang 15 mata dengan berbaki 11 perlawanan menjadi tugas cukup sukar buat pasukannya. 

Tapi saya rasa bola sepak hanya akan berakhir apabila ia berakhir iaitu pada minit terakhir perlawanan terakhir. Memang ia akan menjadi jelas jika kami hanya berbaki empat perlawanan dan United sedang mendahului 12 mata, sudah pasti ia kelihatan sudah berakhir tetapi kami tetap perlu menyelesaikan tugas. 

Selepas mengesahkan kejuaraan liga musim lalu pada saat terakhir menerusi perbezaan gol dengan United,Mancini memiliki beberapa alasan untuk berasa optimis kali ini walaupun dia memilih untuk mengelak daripada melihat realiti berlaku ketika ini. 

Saya rasa sekarang ini tidak penting untuk melihat kepada carta liga sebaliknya hanya perlu meneruskan tugas seperti biasa, bermain dengan baik dan cuba mempertingkatkan permainan. 
Mungkin saya akan lihat semula carta liga dalam tempoh sebulan, 40 hari, tambah Mancini. 
- Reuters



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts