Sunday 24 February 2013

Atlet angkat berat tuntung ganjaran.


Alor Setar: Lima atlet angkat berat Kedah yang menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) di Pahang, tahun lalu menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya segera melunaskan ganjaran RM33,000 seperti yang dijanjikan. 


Mereka mendakwa Azizan pernah berjanji memberi ganjaran RM3,000 bagi atlet yang mendapat pingat emas manakala perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,000) ketika menyerahkan bendera kontinjen sebelum berlepas ke Pahang. 

Seorang daripada atlet terbabit, Mohammad Dinie Akmal, 19, yang mewakili Kedah pada 2008 dan 2010 berkata, dia kesal kerana hingga hari ini janji kerajaan negeri belum lagi tertunai, dan masih berdalih setiap kali atlet bertanya mengenai bayaran itu.

Mohammad Dinie berkata, dalam temasya berkenaan skuad angkat berat muncul pasukan terbanyak menyumbangkan pingat kepada kontinjen negeri dengan membawa pulang tujuh emas, lima perak dan dua gangsa.

“Saya berlatih hampir setahun membuat persiapan menghadapi temasya itu dan sudah tentu gembira kerana berjaya memenangi dua emas menerusi acara snatch dan clean and jerk kategori 62 kilogram (kg).

“Sebagai manusia biasa, sudah tentu saya seronok apabila Menteri Besar berjanji untuk memberiganjaran kepada kami jika berjaya membawa pulang pingat,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts