Sunday 24 February 2013

Dua misi penting Ong Kim Swee


Kuala Lumpur: Ada dua misi penting skuad Harimau Muda A di Laos esok – menilai kelibat pemain muda tuan rumah dan memikat hati delegasi kelab Jepun, Ryukyu FC yang turut berada di sana. 

Perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Laos esok antara persiapan pengendali skuad muda negara, Ong Kim Swee memburu emas ketiga berturut-turut Sukan SEA di negara itu Disember ini. 

Jumaat lalu, Harimau Muda yang kehilangan beberapa tonggak terutama di bahagian tengah, berjaya mengikat pasukan kebangsaan Myanmar 0-0 dan daripada 18 pemain yang dibawa, hanya dua yang tidak sempat beraksi – pemain baru Hazwan Rahman dan penjaga gol, Firdaus Muhamad. 

Bagi Kim Swee, walaupun berdepan dua pasukan senior lawan, rata-rata pemain Myanmar dan Laos masih layak beraksi di Sukan SEA dan kehadiran pemain berpengalaman mereka baik untuk menguji kemampuan pemain muda negara. 

Realisasi impian emas 

“Kita boleh nampak kesungguhan mereka memburu gol dan disiplin ketika bertahan pada perlawanan Jumaat lalu, cuma ketiadaan tonggak tengah menyebabkan kelancaran jentera serangan sedikit terganggu,” kata Kim Swee. 

“Walaupun hanya membawa 18 pemain termasuk beberapa muka baru, saya boleh katakan kita berada di landasan tepat untuk merealisasikan impian emas di Sukan SEA tahun ini, tetapi pemain tidak boleh cepat mendabik dada dan berpuas hati.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts