Monday 25 February 2013

Barcelona kena tingkatkan permainan : Messi


Madrid: Lionel Messi mengakui Barcelona perlu meningkatkan semula tahap permainan serta semangat juang mereka menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Raja-Raja Sepanyol bertemu Real Madrid di Nou Camp, awal pagi esok.

Barcelona melakukan permulaan sempurna awal musim ini dan hanya kehilangan mata dalam liga sebelum Krismas apabila seri 2-2 dengan Real di Nou Camp serta tewas kepada Celtic pada aksi kumpulan Liga Juara-Juara. 


Namun kini tanda-tanda keletihan dan kelesuan sudah mula kelihatan. 

“Berdepan Real, kami perlu mempamerkan permainan terbaik memandangkan kami berdepan musuh utama. Kami juga perlu tampil dengan aksi terbaik bagi memastikan slot ke final,” kata Messi menjelang aksi awal pagi esok selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh akhir pertama di Bernabeu.

Kedua-dua gergasi Sepanyol itu kemudian bakal bertembung lagi untuk aksi Liga Sepanyol, Sabtu ini dengan Barcelona kini di tangga teratas dengan 68 mata manakala Real ketiga dengan 52 mata.

Bagi Real pula, ia aksi penting pertama mereka sebelum turut berdepan satu lagi ujian getir, aksi kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara bertemu Manchester United di Old Trafford, 5 Mac ini.

“Kami cukup bersemangat untuk berdepan Barcelona dan penuh motivasi memandangkan kami sedar yang tiga aksi seterusnya ini cukup penting bagi kami meneruskan perjuangan dalam saingan piala, liga dan juga Eropah,” kata penyerang Real, Gonzalo Higuain. AFP


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts