Sunday 24 February 2013

Pahang seri dengan Kelantan : Dollah Salleh lega


Kuantan: Walaupun sekadar seri 2-2 menentang Kelantan malam kelmarin, tetapi jurulatih Pahang, Dollah Salleh tetap menghamburkan pujian ke atas persembahan anak buahnya yang mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit dua kali menjaringkan gol selepas ketinggalan kepada lawan. 

Lebih-lebih lagi, skuad kendalian bekas pemain kebangsaan itu beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah, Mohd Hafiz Kamal diperintah keluar padang apabila mengasari pemain pertahanan Kelantan, Mohd Zamri Ramli pada minit ke-61. 
Fauzi wira Tok Gajah 

“Kejayaan mengutip satu mata sudah cukup melegakan memandangkan dua perlawanan lalu kami gagal mengutip sebarang mata. 

“Lagi pun, kami terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada baki 30 minit perlawanan, tetapi masih menguasai perlawanan dan berjaya menyamakan kedudukan,” kata Dollah sejurus selepas perlawanan. 

Babak pertama berkesudahan 1-1 hasil jaringan penyerang Kelantan, Nor Farhan Muhammad seawal minit kelapan sebelum pemain tuan rumah, Mohd Hafiz menyamakan kedudukan 1-1 pada lewat babak pertama. Selepas rehat, Keita Mandjou menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-83 tapi Pahang berjaya merampas satu mata hasil jaringan Mohd Fauzi Roslan pada lewat babak permainan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts