Monday 25 February 2013

Lee Chong Wei : Saya perlu focus


Kuala Lumpur: Tanpa Lin Dan dari China, pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengakui laluannya untuk bergelar juara Seluruh England, tidak sesukar tahun lalu namun tetap melakukan persiapan terbaik kerana mana-mana pemain bukan sekadar China juga ada kemampuan untuk mengatasinya.

“Saya pasti semua orang bertanyakan mengenai peluang saya tanpa kehadiran Lin Dan, memang peluang saya lebih cerah tapi perlu diingat, China masih ada lima pemain,” kata Chong Wei.

Lin Dan adalah juara bertahan Seluruh England, muncul juara tahun lalu selepas Chong Wei memberi kemenangan percuma kepada pemain itu kerana mengalami kecederaan.

“Saya mahukan semula kejuaraan yang terlepas tahun lalu. Begitupun saya perlu fokus menyelesaikan tugasan di setiap pusingan dulu sebelum berfikir jauh.

“Ketiadaan Lin Dan tidak bermakna Chen Long satu-satunya pencabar dari negara itu, malah Du Pengyu juga berbahaya selepas menunjukkan peningkatan permainan. Pemain negara lain seperti Indonesia, Jepun dan Korea juga perlu diberi perhatian.” Tiga pemain China berada dalam laluan Chong Wei ke separuh akhir iaitu Wang Zhengming yang bakal ditemui di pusingan kedua, dan Du Pengyu atau Gaao Huan, di separuh akhir.

Dua pemain Indonesia, Taufik Hidayat dan Diyonisius Hayom Rumbaka serta Sho Sasaki dari Jepun juga berada dalam laluannya.

Begitupun laluan pilihan kedua, Chen Long dari China lebih berliku kerana rakan seniornya Chen Jin, Kenichi Tago (Jepun) dan Sony Dwi Kuncoro (Indonesia) menjadi lawan yang pasti getir.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts