Tuesday 26 February 2013

(Video) Roger Feder vs Malik Jaziri


Dubai: Roger Federer mula berani bercakap mengenai prestasi dan peluangnya dalam misi mempertahankan Terbuka Dubai selepas bangkit mengalahkan lawan lebih terkenal di dunia Arab, Malek Jaziri, kelmarin.

Walaupun tewas di set pertama, Federer bangkit garang dalam dua set berikutnya apabila hanya memerlukan masa lebih sejam untuk menang 5-7, 6-0 dan 6-2 ke atas Malek sekali gus menamatkan perlawanan dengan sambutan tepukan gemuruh daripada penonton.



“Orang mungkin merasakan sesuatu yang OK kerana dia pemain berstatus ‘wild card’ dan saya mendapat undian mudah,” kata Federer. “Saya pula fikir ia adalah sukar kerana saya tidak tahu gaya, corak pukulan dan semua mengenai dirinya.

“Ia sentiasa menjadi perlawanan yang sukar ketika bermain di Timur Tengah dan menentang pemain seperti dia (Malek). “Pusingan pertama sentiasa menghadirkan tekanan kerana saya hadir sebagai juara bertahan.

“Semestinya saya mahu bermula dengan baik. Nyata perlawanan ini bukan mudah buat saya,” katanya.
AFP


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts