Sunday 24 February 2013

Pertembungan dua jagoan


Marana, Arizona: Juara bertahan, Hunter Mahan dan pemenang 2010, Ian Poulter menempah pertembungan menarik pada separuh akhir Kejohanan Match Play Dunia WGC-Accenture selepas memenangi pertembungan suku akhir mereka semalam.

Mahan dari AS menang 1-up selepas perlawanan sengit dengan juara Terbuka AS, Webb Simpson manakala Poulter dari Britain mara dengan kemenangan 3 & 2 ke atas pemain veteran Amerika, Steve Stricker di Dove Mountain.


Satu lagi pertembungan separuh akhir antara pemain Amerika, Matt Kuchar dan Jason Day dari Australia, pemain termuda yang meneruskan saingan pada usia 25 tahun.

Kuchar muncul pemain pertama layak ke separuh akhir apabila menewaskan rakan senegara, Robert Gar rigus 3 & 2, sebelum Day bangkit mengatasi pemain Ireland Utara, Graeme McDowell 1-up dalam satu pertarungan sengit.


Kebanyakan mata bagaimanapun akan tertumpu kepada pertemuan antara Mahan dan Poulter, kedua-duanya membida untuk layak ke perlawanan akhir Match Play buat kali kedua.


Poulter pasti lebih cergas, apabila mendahului 4-up ke atas juara Match Play 2001, Stricker selepas 12 lubang sebelum melengkapkan kemenangannya dengan menolak masuk pukulan par dari jarak 10 kaki pada lubang ke-16.

Pemain Inggeris itu, yang terkenal dengan kehebatannya dalam permainan matchplay serta pukulan putt, mendahului kali pertama pada lubang ketiga par-tiga apabila dia membenam birdie dari jarak 40 kaki manakala Stricker tersasar percubaannya dari jarak tujuh kaki.


“Steve dilihat akan mendahului di sana tapi saya menolak bola masuk dan dia terlepas,” kata Poulter selepas mencatat enam birdie dan satu eagle dalam 16 lubang.

“Dari situ saya mengambil alih dan mendahului. Saya sedar, saya perlu mempamerkan permainan terbaik untuk mengatasi Steve.” Terdahulu, Stricker, yang meraikan hari jadi ke-46 Sabtu lalu, layak ke suku akhir dengan persembahan mengagumkan lapan birdie apabila dia menundukkan rakan senegara dari Amerika, Scott Piercy 1-up. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts