Dubai: Roger Federer mula berani bercakap mengenai prestasi dan peluangnya dalam misi mempertahankan Terbuka Dubai selepas bangkit mengalahkan lawan lebih terkenal di dunia Arab, Malek Jaziri, kelmarin.
Walaupun tewas di set pertama, Federer bangkit garang dalam dua set berikutnya apabila hanya memerlukan masa lebih sejam untuk menang 5-7, 6-0 dan 6-2 ke atas Malek sekali gus menamatkan perlawanan dengan sambutan tepukan gemuruh daripada penonton.