Monday 25 February 2013

Waspada cabaran Tentera Darat - Dollah Salleh


Kuantan: Pemain Pahang ditegur tidak memandang mudah keupayaan Tentera Darat apabila kedua-dua pasukan bertembung pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Darulmakmur, malam ini. 

Biarpun Tentera Darat beraksi dalam saingan Liga FAM, skuad kendalian Dollah Salleh perlu memanfaat peluang sebaik mungkin terutama beraksi di gelanggang sendiri jika mahu layak ke suku akhir piala berprestij itu. 

“Saya tidak nampak pasukan ini gagal untuk mara ke pusingan seterusnya tetapi mereka perlu mempamerkan persembahan terbaik jika mahu melangkah lebih jauh. 

“Apa yang penting peluang yang dimiliki tidak harus dipersia-siakan kerana ia peluang terbaik untuk meletakkan pasukan pada prestasi terbaik,” katanya. 

Sementara itu, kapten Pahang, Jalaluddin Jaafar mahu rakan sepasukan dapat merealisasikan impian layak ke suku akhir tetapi pada masa sama tidak terikut corak permainan lawan. 

“Saya harap rakan lain dapat mempamerkan persembahan meyakinkan untuk memastikan kemenangan. 

Bahagian pertahanan juga harus dimantapkan menyekat Tentera Darat membolosi gawang,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts