Monday 25 February 2013

Sikap sabar Swansea butir hasil: Laudrup




London: Kejayaan Swansea City menewaskan Bradford City 5-0 pada final di Stadium Wembley, awal pagi semalam untuk menjuarai Piala Liga buat kali pertama adalah ganjaran sesuai terhadap pendekatan strategi jangka panjang kelab berkenaan, demikian menurut pengurusnya, Michael Laudrup.



Kelab yang berpangkalan di Wales itu meraih trofi sulung mereka menerusi dua jaringan masing-masing daripada Nathan Dyer (minit ke-16 & 47) dan Jonathan De Guzman (penalti minit ke-59 & 90) serta Michu (minit ke-40).
“Falsafah kelab tetap sama untuk enam atau tujuh tahun lalu dan ia membuatkan tugas lebih mudah kerana setiap kali pengurus berganti, falsafah kelab tetap sama dan kamu pasti mencari jenis pemain yang serupa.

“Kamu tidak perlu mengubah empat atau lima pemain dalam kesebelasan seperti yang boleh dilihat di kelab lain apabila kamu menukar sepenuhnya daripada seseorang pengurus ke pengurus yang lain,” kata Laudrup.

Bradford muncul pasukan pertama dari divisyen empat melangkah ke final selepas Rochdale melakukannya pada 1962, namun mereka ternyata gagal menyaingi kehebatan Swansea terutama selepas penjaga golnya, Matt Duke dilayangkan kad merah pada minit ke-56 kerana menjatuhkan De Guzman dalam kotak penalti.
AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts