Tuesday 26 February 2013

(Video) Keputusan perlawanan Piala FA - Johor Darul Takzim lwn Kedah


Alor Setar: Johor Darul Takzim (DT) diheret ke penentuan sepakan penalti sebelum melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Kedah 5-4 di Stadium Darulaman, malam tadi.

Pemain import Daniel Guiza muncul wira Harimau Selatan apabila meledak dua gol selain menyempurnakan sepakan penalti kelima selepas Mohd Shazuan Mohd Ashraf Mathews sekadar menyaksikan sepakannya melambung tinggi.



Sebelum itu kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat masa tambahan.

Beraksi di laman sendiri jelas menyuntik semangat luar biasa buat skuad Hijau Kuning apabila mereka tidak menunggu lama meraikan jaringan pertama selepas penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri melepaskan rembatan padu menewaskan penjaga gol lawan, Zamir Selamat seawal minit kelapan.

Khyril jelas menjadi duri dalam daging kepada benteng Johor DT apabila sekali lagi merobek gawang pelawat menyudahkan lorongan cantik tonggak import, Nelson San Martin pada minit ke-22 sekali gus menambah tekanan kepada anak buah Fandi Ahmad.

Tersentak, Johor DT tampil dengan corak permainan berbeza sebaik babak kedua bersambung dan kerja keras mereka untuk merapatkan jurang akhirnya membuahkan hasil menerusi ledakan Guiza pada minit ke-69 selepas menerima hantaran Norshahrul Idlan Talaha.

Ketika Kedah di ambang kejayaan, bagaimanapun Guiza meragutnya dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90 hasil sepakan percuma di luar kotak penalti sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts