Tuesday 26 February 2013

Sentuhan Gareth Bale


London: Rakan sepasukan, Gareth Bale sendiri tidak ingat berapa jumlah jaringannya, manakala pengurus lawan tidak mempunyai idea bagaimana untuk mengekang ancamannya selepas pemain Wales meledak dua gol bagi membantu Tottenham Hotspur menewaskan West Ham United 3-2 awal pagi semalam. 


Dua gol Bale itu membolehkan dia mengumpul 15 jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan hanya ketinggalan empat gol di belakang pendahulu senarai penjaring terbanyak Robin van Persie selain mengukuhkan cengkaman Spurs dalam memburu tiket ke saingan Liga Juara-Juara. 
“Saya tidak tahu berapa banyak gol yang sudah dia jaringkan setakat ini, tetapi dia memang cukup hebat,” kata rakan sepasukannya, Gylfi Sigurdsson yang turut mencatat nama sebagai penjaring dalam perlawanan itu. 

Ini adalah kali ketiga Bale meledak dua gol bulan ini selepas menyumbat dua gol menakjubkan daripada sepakan percuma ketika kelab London itu menang 2-1 ke atas Olympique Lyon 2-1 dalam pusingan pertama Liga Europa dan merobek gawang Newcastle United dalam saingan liga. 

Pengurus West Ham, Sam Allardyce berkata, dia tidak pernah melihat pemain lain menjaringkan gol seperti yang dilakukan Bale. 

“Dia cukup berbeza dan saya percaya dia mampu menjaringkan gol yang cantik lagi,” katanya. 

“Saya tidak boleh kata apa-apa mengenai seorang pemain yang menjaringkan banyak gol dalam tempoh singkat dan dia melakukan dua kali. Kami sebenarnya bermain dengan baik, tetapi dihukum oleh Bale,” katanya. Reuters


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts