Monday 25 February 2013

Hafizh Syahrin bakal ke Moto2 2014


Kuala Lumpur: Penantian rakyat Malaysia melihat seorang lagi anak tempatan beraksi dalam kejuaraan motosikal dunia, MotoGP mungkin tidak berpanjangan andai dinilai daripada kata-kata dua orang kuat di belakang pelumba muda, Hafizh Syahrin Abdullah. 

Sekiranya Hafizh, 19, yang ketika ini beraksi dalam kejuaraan Sepanyol CEV Buckler bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia berjaya membuktikan kemampuan, peluang untuk menyaksikan kelibatnya dalam kejuaraan dunia Moto2 tidak dapat disangkal lagi, paling awal tahun depan. 


“PETRONAS akan beri sokongan dan jika semua berjalan lancar, kami tidak akan menangguhkan kehadirannya dalam kejuaraan dunia jika dilihat dia sudah benar-benar bersedia,” kata Pengurus Besar PETRONAS Motosport, Anita Azrina Abdul Aziz. 

“Sehingga kini, Hafizh yang berada dalam program pembangunan bakat PETRONAS menunjukkan persembahan yang amat memberangsangkan, mungkin dapat saya katakan mengejutkan sepanjang tahun lalu.” 

Kenyataan itu turut diakui Prinsipal pasukan PETRONAS Raceline Malaysia, Barry Leong yang berkata, pihaknya kini sedang gigih menyiapkan jentera baru dari Kalex yang mampu mencabar kejuaraan musim ini selain melengkapkan Hafizh dengan segala pengalaman termasuk tiket wildcard untuk MotoGP dalam kelas Moto2. 

“Selain sembilan pusingan dalam kejuaraan Sepanyol dan wildcard MotoGP Malaysia, pihak kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan beberapa tiket wildcard MotoGP terutama di Sepanyol dan Eropah untuk Hafizh namun semuanya masih dalam perancangan.”


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts