Sunday 24 February 2013

Henjutan Chicchi berbaloi


Kapar: Henjutan bertenaga pakar pecut pasukan Vini Fantini-Selle Italia, Francesco Chicchi pada 300 meter menuju ke garisan penamat membantunya memenangi Peringkat 4, Le Tour de Langkawi dari Tapah ke Kapar sejauh 168 kilometer, semalam.

Kejayaan itu harus manis buat Chicchi kerana ia bukan saja dilakar pada penyertaan sulungnya dalam jelajah terulung Asia itu, tetapi berjaya menenggelamkan bekas rakan sepasukannya, Andrea Guardini. 

Bekas juara dunia itu bersaing sengit dengan Guardini yang kini mewakili pasukan Astana sebelum terlebih dulu mencecah garisan penamat dengan catatan 3 jam 44 minit 22 saat. Tempat ketiga dimenangi Aidis Kruopis daripada Orica Greenedge. 

“Pasukan kami mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat sehingga ke penamat sebelum bertindak.

“Ini kali pertama saya di sini dan memang rasa seronok bila dapat menang. Saya sukakan suasana di sini apabila ramai penonton menyaksikan kami berlumba di sepanjang laluan perlumbaan,” kata pelumba berumur 32 tahun dari Itali itu.

Penentuan Genting Highlands

Pemenang 11 peringkat pada LTdL edisi terdahulu, Guardini yang merampas jersi raja pecut apabila mengumpul 41 mata berkata, saingan perlumbaan tahun ini lebih sukar namun dia akan cuba mempertahankan jersi biru itu dan sekurang-kurangnya memenangi satu peringkat perlumbaan yang berbaki enam peringkat saja lagi. 

Dalam perlumbaan landai sejauh 168 kilometer dari Tapah itu, Wang Meiyin (Hengxiang Cycling) mengekalkan jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan dan dua lagi jersi - jersi merah (raja bukit) dan jersi putih (pelumba terbaik Asia).

Pamer aksi sebenar

“Esok (hari ini) saya ramalkan pasukan hebat lain akan mempamer prestasi sebenar ke Genting Highlands. Mungkin susah untuk saya melakukan apa yang saya lakukan di Cameron Highlands (peringkat tiga), tetapi saya akan cuba memberi keputusan terbaik,” kata Meiyin yang menyapu bersih empat jersi kemenangan dalam peringkat tiga sebelum ini.

Perlumbaan peringkat lima sejauh 110.3km dari Proton Shah Alam ke Genting Highlands hari ini bakal menjadi kemuncak perlumbaan dengan pemenang jersi kuning keseluruhan pada edisi sebelum ini selalunya ditentukan oleh pelumba yang berjaya menakluk Genting Highlands. 

Keputusan: Peringkat 4 (Tapah-Kapar sejauh 168km)


1 Francesco Chicchi (ITA) Vini Fantini-Sele Italia 3 jam 44 minit 22 saat
2 Andrea Guardini (ITA) Astana Pro Team 3:44.22s
3 Aidis Kruopis (LTU) Orica Greenedge 3:44.22s
4 Raymond Kreder (NED) Garmin-Sharp 3:44.22s
5 Andrew Fenn (GBR) Omega Pharma-Quickstep 3:44.22s 
6 Aldo Ino Ilesic (SLO) United Healthcare Pro Cycling 3:44.22s
7 Ruslan Tleubayev (KAZ) Astana Pro Team 3:44.22s 
8 Anuar Manan (MAS) Synergy-Baku Cycling Project 3:44.22s
9 Takeaki Ayabe (JPN) Aisan Racing Team 3:44.22s
10 Kozuhiro Mori (JPN) Aisan Racing Team 3:44.22s

Pasukan terbaik


1 MTN Qhubeka 43 jam 38 minit 6 saat 
2 Tabriz Petrochemical Team +6s
3 Synergy-Baku Cycling Project +2:55s 
....
17 MALAYSIA +14:11s


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts