Wednesday 27 February 2013

(Video) Bayern München Vs Borussia Dortmund 1-0


FRANKFURT: Arjen Robben menjaringkan gol pada minit akhir babak separuh masa pertama bagi membantu Bayern Munich menundukkan penyandang gelaran, Borussia Dortmund 1-0 dan melangkah ke separuh akhir Piala Jerman. 


Dortmund menundukkan Bayern 5-2 pada final musim lalu dan menjulang gelaran Bundesliga kali kedua berturut-turut. Bagaimanapun, prestasi Bayern musim ini lebih menyerlah dan 17 mata mengatasi Dortmund dalam Bundesliga. 

Robben merembat masuk gol di hujung kotak penalti selepas cengkaman Dortmund pudar membolehkan Bayern mencatat kemenangan pertama ke atas Dortmund selepas liga kekalahan berturut-turut dan satu seri. - AP



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts